Assalamualaikum
Hmmm, sementara stok baju-baju cinonetts tak sampai-sampai lagi. Jom kita share pasal masalah sembelit anak. Pasti ade ibu-ibu yang pernah hadapi anak sembelit kan? begitu juga saya, anak saya sembelit ketika umur die 3 tahun. Memang kesian sgt tengok nangis-nangis bila nak poo2. Budak kalau kena sembelit dia akan jadi kurang aktif sbb kurang selesa bila tak dapat nak membuang air besar dgn lancar. Sembelit juga akan menjadikan anak kurang selera makan sebab perut tak sedap, mata kuyu dan akan sentiasa menangis.
Saya dan suami dah tak tau nk buat apa dah, macam2 cuba dah. Skg dia dah 4 tahun dan mula sekolah, mudah untuk saya control sbb dia dah faham cakap kita. Ape2 makanan yg boleh sebabkan sembelit saya akan warning die cmni "kalau makan ni nnt susah berak, nanti sembelit" terus dia geleng tak nak makanan tu. Paling kelakar, bile org lain nk bagi die makanan die sendiri ingat yang makanan tu tak boleh dan cakap kt org tu tak boleh, nnt sembelit. hahaha.. (bagus2 ingat ckp ummi kan...)
Cuma saya nk share cara-cara yang saya pernah guna sepanjang anak saya sembelit dulu. Mungkin ibu-ibu kt luar sana boleh cuba. Mana tau serasi dengan anak kan... Cara-cara ni mungkin ibu-ibu sendiri pernah dengar sbb saya sendiri pun banyak explore En. Google je pasal sembelit ni.
Antara cara yang saya pernah guna ialah seperti berikut:
1. Blend Buah Epal Merah
Memandangkan semua budak2 suka buah, begitu juga anak saya. Saya ambil sebiji atau 2 biji epal merah, buang kulit dan potong kecik2. Pastu masukkan dalam blender dan sedikit air. If nak manis boleh tambah gula sikit. Tap tak payah tambah gula lagi bagus sebenarnya. Pastu blend sampai hancur. Kemudian tapis masuk dalam cawan dan boleh bagi anak minum. Sedap pun sedap dan mudah untuk bagi anak minum. Macam saya, saya suka sejukkan dulu dalam peti ais pastu bagi anak minum. Memang dia suka dan hari-hari minta air epal tu. Alhamdulillah dengan cara ni berkesan untuk kawal sembelit anak saya. Memang lancar je dia membuang. Cuma maklumlah saya bekerja, kadang2 ter'miss' utk sediakan air buah ni utk anak. Tapi bila dah lama2 bagi dia air ni, jadi kurang berkesan pulak. Anak saya sembelit blk. Hmmm... acaner nih!!!
2. Minyak Zaitun (Extra Virgin Olive Oil)
Kemudian saya cuba pulak minyak zaitun sbb pernah terbaca pasal minyak zaitun boleh bantu atasi sembelit. Cara dia mudah je, setiap hari bagi anak 2-4 sudu minyak zaitun ni. Macam saya bagi 2 sudu sebelum dia pergi taska dan 1 or 2 sudu lagi sebelum tido. Awal-awal tu memang berkesan, anak saya membuang dengan lancar cuma najis dia jadi warna hitam. Tak tau kenapa, mungkin kesan minyak zaitun tu kot. Tapi serius memang anak saya tak sembelit bila saya amalkan minyak zaitun dalam beberapa minggu. Tapi pastu anak saya sembelit semula. Mcm kejap je cara ni berkesan. Cuma walaupun anak saya mula sembelit balik, saya tetap bagi dia minum minyak zaitun ni sbb memang dalam Quran pun ada ckp kan buah zaitun ni salah satu penawar. Dan saya pun mula la explore lagi cara lain utk atasi sembelit anak.
3. Tukar Susu
Cara lain memang saya selalu dengar nasihat dari kawan2 adalah tukar susu anak. So saya mula wat research skit pasal susu anak ni. Macam2 lah list yang saya jumpa antaranya susu berasaskan soya, dan majority list susu nya yang mahal2 la. Tapi sbb kesian kan tgk anak sembelit, sanggupkan jugalah beli susu tu. Susu yang saya decide utk beli adalah susu Mamil Active, sebab saya inspired tengok video dalam website mamil ni dan testimoni dari ibu-ibu yang anak mereka sembelit dan berkesan selepas minum susu mamil ni. Korang boleh cuba tengok website mamil ni, tapi tak surela video tu ade lagi ke tak, sbb dah lama kan. Tapi video tu mmg inspired sbb ibu tu share cerita anak die sembeli sampai ibu tu menitik air mate lah. Saya yg tengok ni memang faham sangatlah perasaan ibu tu. So beli la susu tu... Alhamdulillah berkesan. lama juga saya teruskan dengan susu ni sampaila anak saya dah kurang minum susu sbb die lebih selera makan makanan lain, minum susu sekali je waktu nk tido malam. Dan sekarang anak saya dah stop susu sbb sy juz bagi die susu kotak je. hihi.....
4. Ubat bontot
Yang ni saya rasa semua tahu kot. Ubat cecair yang kita akan pancut dalam bontot anak dan dalam masa beberapa saat je anak akan membuang. Mudah je nk dapat ubat cecair ni, kt farmasi dalam 90sen dan boleh dapat dah. Cara ni saya akan buat bila perlu je, sbb tak suka guna ni sbb kesian kt anak sbb kita macam paksa anak kita berak. Saya akan guna if anak saya tak berak lebih 3 hari. Kirenye ni last choice saya la untuk atasi sembeli anak. huhu......
5. Lactul
Saya juga pernah cuba satu ubat ni namanya Lactul. Ubat ni beli di farmasi dan beri anak 2 sudu setiap hari. Ni pun berkesan juga cuma saya tak suka bagi selalu sbb tak nak anak bergantung pada ubat ni sangat. Ubat ni manis sangat dan memang pekat. So terpulang pada ibu-ibu utk decide buat anak anda.
Ini je lah 5 cara yang saya pernah buat untuk atasi anak sembelit. Kalau kita google memang jumpa macam2 cara, tak salah kita cuba sbb bukan semua cara serasi dengan anak. Yang penting kita usaha yang terbaik buat anak tu. Biasakan anak minum air masak selalu, tapi tau la kan..budak2 umur dah 3-4 tahun ni dah pandai pilih. Dah pandai taknak air putih, nk air kotakla, air manislah.. Cuma sebagai ibu, kita kena bijak deal ngan anak kita k..
Bila anak dah tak sembelit, baru lah boleh senyum dan bergaya dengan baju-baju dari Cinonetts kan. Kih3...
Bila anak dah tak sembelit, baru lah boleh senyum dan bergaya dengan baju-baju dari Cinonetts kan. Kih3...
Selamat Mencuba...!!!!