Sunday 18 October 2015

ATASI ANAK SEMBELIT

Assalamualaikum

Hmmm, sementara stok baju-baju cinonetts tak sampai-sampai lagi. Jom kita share pasal masalah sembelit anak. Pasti ade ibu-ibu yang pernah hadapi anak sembelit kan? begitu juga saya, anak saya sembelit ketika umur die 3 tahun.  Memang kesian sgt tengok nangis-nangis bila nak poo2. Budak kalau kena sembelit dia akan jadi kurang aktif sbb kurang selesa bila tak dapat nak membuang air besar dgn lancar. Sembelit juga akan menjadikan anak kurang selera makan sebab perut tak sedap, mata kuyu dan akan sentiasa menangis.



Saya dan suami dah tak tau nk buat apa dah, macam2 cuba dah. Skg dia dah 4 tahun dan mula sekolah, mudah untuk saya control sbb dia dah faham cakap kita. Ape2 makanan yg boleh sebabkan sembelit saya akan warning die cmni "kalau makan ni nnt susah berak, nanti sembelit" terus dia geleng tak nak makanan tu. Paling kelakar, bile org lain nk bagi die makanan die sendiri ingat yang makanan tu tak boleh dan cakap kt org tu tak boleh, nnt sembelit. hahaha.. (bagus2 ingat ckp ummi kan...)

Cuma saya nk share cara-cara yang saya pernah guna sepanjang anak saya sembelit dulu.  Mungkin ibu-ibu kt luar sana boleh cuba. Mana tau serasi dengan anak kan... Cara-cara ni mungkin ibu-ibu sendiri pernah dengar sbb saya sendiri pun banyak explore En. Google je pasal sembelit ni.

Antara cara yang saya pernah guna ialah seperti berikut:

1. Blend Buah Epal Merah
Memandangkan semua budak2 suka buah, begitu juga anak saya. Saya ambil sebiji atau 2 biji epal merah, buang kulit dan potong kecik2. Pastu masukkan dalam blender dan sedikit air. If nak manis boleh tambah gula sikit. Tap tak payah tambah gula lagi bagus sebenarnya. Pastu blend sampai hancur. Kemudian tapis masuk dalam cawan dan boleh bagi anak minum. Sedap pun sedap dan mudah untuk bagi anak minum. Macam saya, saya suka sejukkan dulu dalam peti ais pastu bagi anak minum. Memang dia suka dan hari-hari minta air epal tu.  Alhamdulillah dengan cara ni berkesan untuk kawal sembelit anak saya. Memang lancar je dia membuang. Cuma maklumlah saya bekerja, kadang2 ter'miss' utk sediakan air buah ni utk anak. Tapi bila dah lama2 bagi dia air ni, jadi kurang berkesan pulak. Anak saya sembelit blk. Hmmm... acaner nih!!!

2. Minyak Zaitun (Extra Virgin Olive Oil)
Kemudian saya cuba pulak minyak zaitun sbb pernah terbaca pasal minyak zaitun boleh bantu atasi sembelit.  Cara dia mudah je, setiap hari bagi anak 2-4 sudu minyak zaitun ni. Macam saya bagi 2 sudu sebelum dia pergi taska dan 1 or 2 sudu lagi sebelum tido.  Awal-awal tu memang berkesan, anak saya membuang dengan lancar cuma najis dia jadi warna hitam. Tak tau kenapa, mungkin kesan minyak zaitun tu kot. Tapi serius memang anak saya tak sembelit bila saya amalkan minyak zaitun dalam beberapa minggu. Tapi pastu anak saya sembelit semula. Mcm kejap je cara ni berkesan. Cuma walaupun anak saya mula sembelit balik, saya tetap bagi dia minum minyak zaitun ni sbb memang dalam Quran pun ada ckp kan buah zaitun ni salah satu penawar. Dan saya pun mula la explore lagi cara lain utk atasi sembelit anak.

3. Tukar Susu
Cara lain memang saya selalu dengar nasihat dari kawan2 adalah tukar susu anak. So saya mula wat research skit pasal susu anak ni. Macam2 lah list yang saya jumpa antaranya susu berasaskan soya, dan majority list susu nya yang mahal2 la. Tapi sbb kesian kan tgk anak sembelit, sanggupkan jugalah beli susu tu.  Susu yang saya decide utk beli adalah susu Mamil Active, sebab saya inspired tengok video dalam website mamil ni dan testimoni dari ibu-ibu yang anak mereka sembelit dan berkesan selepas minum susu mamil ni. Korang boleh cuba tengok website mamil ni, tapi tak surela video tu ade lagi ke tak, sbb dah lama kan. Tapi video tu mmg inspired sbb ibu tu share cerita anak die sembeli sampai ibu tu menitik air mate lah. Saya yg tengok ni memang faham sangatlah perasaan ibu tu. So beli la susu tu... Alhamdulillah berkesan. lama juga saya teruskan dengan susu ni sampaila anak saya dah kurang minum susu sbb die lebih selera makan makanan lain, minum susu sekali je waktu nk tido malam. Dan sekarang anak saya dah stop susu sbb sy juz bagi die susu kotak je. hihi.....

4. Ubat bontot
Yang ni saya rasa semua tahu kot. Ubat cecair yang kita akan pancut dalam bontot anak dan dalam masa beberapa saat je anak akan membuang. Mudah je nk dapat ubat cecair ni, kt farmasi dalam 90sen dan boleh dapat dah. Cara ni saya akan buat bila perlu je, sbb tak suka guna ni sbb kesian kt anak sbb kita macam paksa anak kita berak.  Saya akan guna if anak saya tak berak lebih 3 hari. Kirenye ni last choice saya la untuk atasi sembeli anak. huhu...... 

5. Lactul
Saya juga pernah cuba satu ubat ni namanya Lactul.  Ubat ni beli di farmasi dan beri anak 2 sudu setiap hari.  Ni pun berkesan juga cuma saya tak suka bagi selalu sbb tak nak anak bergantung pada ubat ni sangat.  Ubat ni manis sangat dan memang pekat. So terpulang pada ibu-ibu utk decide buat anak anda.

Ini je lah 5 cara yang saya pernah buat untuk atasi anak sembelit. Kalau kita google memang jumpa macam2 cara, tak salah kita cuba sbb bukan semua cara serasi dengan anak. Yang penting kita usaha yang terbaik buat anak tu. Biasakan anak minum air masak selalu, tapi tau la kan..budak2 umur dah 3-4 tahun ni dah pandai pilih. Dah pandai taknak air putih, nk air kotakla, air manislah.. Cuma sebagai ibu, kita kena bijak deal ngan anak kita k.. 

Bila anak dah tak sembelit, baru lah boleh senyum dan bergaya dengan baju-baju dari Cinonetts kan. Kih3...

Selamat Mencuba...!!!!


    Wednesday 14 October 2015

    Jom jimat dengan Baju Bundle Murah dan Branded

    Assalamualaikum

    Ok hari ni saya nk share my opinion on Bundle and Preloved items.  Since saya memang minat dengan baju bundle dan telahpun membuat bisness bundle secara part time. Saya lebih cenderung kpd pakaian kanak-kanak atau baby kerana pakaian bundle or preloved normally pakaian yang berjenama dan masih dalam kualiti yang baik. 

    Ya mmg tak dinafikan ada kata-kata sinis tentang items2 bundle and preloved ni.  Maklumlah barang terpakai kan. terpulang...itu pendapat masing2. Namun pada pendapat saya, bundle items ni adalah salah satu cara berbelanja yang menjimatkan dan jika kita pandai pilih serta mix&match sudah pasti ia menampakkan kelainan dan yg pasti org diluar sana tak tau pun itu pakaian bundle.

    Gambar : Ihsan En.Google


    Saya, suami dan anak mmg minat pakaian bundle. Pernah kwn2 puji baju anak saya cantik and tanye beli kt mana? haa.... pastu saya pun penah pki baju bundle g ofis dan kwn2 puji baju tu cantik and mcm biasela tanye beli kt mana??? Bila sy suh teka harga sume teka harga butik and harga brg baru sedangkan baju anak sy pernah sy beli pd harga rm3.00 okayyy. hihi... Yang penting kene pandai pilih lah... jgnla main hentam je beli.

    Mcm nilah... dengan keadaan ekonomi skrg yg makin gawat dan menggawatkan lagi belanja isi rumah. Kenapa masih hendak membazir pada barang2 yang sebenarnye kita bole jimat? Anak-anak makin hari makin membesar dan baju yang dibeli pada harga yang mahal hanya mampu bertahan utk seketika shj, pastu dah tak muat. Kalau ada adik boleh pass pada adik2.. itupun jika sama genderlah dan  baju msh elok serta anak tidak cerewet dalam memilih baju.

    Antara advantage beli baju bundle ni.. Kita dapat beli baju yang berjenama dr luar negara dan kualiti tinggi. dari segi kebersihan, pada saya semua peniaga bundle maklum dan mereka akan cuci dahulu sebelum jual kpd pembeli. Kepada pembeli pula, utk lebih bersih anda cuci semula utk lebih yakin tahap kebersihannya. Even baju baru pun klu beli kene basuh dulu sbb jika terus dipakai akan rase kurg selesa kan??

    Disini saya senaraikan kelebihan dan kenikmatan beli baju bundle especially for anak-anak:
    1. Baju berjenama dan berkualiti tinggi pada harga murah, bukan murah sikit ye...Murah Banyakkk!!!
    2. Dapat beli baju anak yang designnya unik dan mungkin x jumpa di malaysia ni tau.
    3. Baju yang dibeli takkan sama dengan orang lain sbb baju tu sah2 dari luar negara nunn.... kecuali klu bju preloved mungkin akan sama sbb brg preloved ni ada yang dr negara kita sendiri.
    4. Baju bundle yg dibeli pada harga rm5 dan bila dah x muat boleh dijual semula pd harga sama.. Sbb mmg standard harga utk baju bundle kanak2 around rm3-rm8 sehelai. Untung ke x untung..??? Tapi pastikanla baju yg nak dijual blk tu dlm keadaan yang masih elok dan boleh dipakai ye.. Sedangkan baju baru yg kite beli utk anak contoh rm30 sehelai dan klu jual blk mmg x kan dpatla jual harga samakan.
    5. Items bundle ni ade mcm2 seperti baju, toys, kasut, beg, brg keperluan rumah, buku dan mcm2 lagilah. Semua brg ni biasenye dijual pada harga yg sgt murah berbanding harga pasaran dan items nya rare...
    6. Selain jual pada harga murah, konsep bundle ni dapat bantu golongan yang kurg berkemapuan untuk berpeluang bergaya mcm org lain. Sharing is caring kan..
    Mungkin ade lagi kelebihan lain beli baju bundle ni. Anda sendiri boleh fikirkannya yang sesuai dengan keperluan anda sekeluarga. So..!! Ape tunggu lagi. renung2kan...dan jom berjinak2 ngn baju bundle jom. Meh tgk koleksi yang saya ade dalam blog Cinonetts ni. Klu minat jgn segan2 wasap saya k.. Peace!! :)

    Anak suka..Ibu Gembira..! 
    Yeay..!!!


    Cinonetts the Humble Bundle
    017-2155315
    Like FB Page kami: Cinonetts

    Tuesday 13 October 2015

    New Batch for GIRLS...!!!

    Assalamualaikum

    Ok, hari ni sy nk update batch terbaru utk girls.  Sume comey2 and cute2 tau.! Sesuai utk age 2-3 years and still in gud condition. Mummy boleh view dulu.. yang mana minat boleh screen short picture and Whatsapp sy k..

    Stok terhad..!! Prefer for fast payment and no back out buyer k..
    Price is exclude postage ye mummy. :)

    Happy Shopping at Cinonnets the Humble Bundle..
    WaWa - 017-2155315

    SOLD
    Red Dress
    Material Corduroy
    2/3 year old
    RM5.00 

    SOLD 
    Army Green Jumper
    Like New!!
    3 yrs old
    RM8.00

    Dress
    2/3 yrs old
    RM5.00



    Cardigan 
    2 yrs old
    RM5.00




    Baby Cardigan
    1-2 yrs old
    RM5.00


     


    SOLD 
    Polkadot Dress
    For 3 yrs
    RM8.00


     Kids Jeans - Girl
    For 2/3 yrs
    RM5.00



    Dress with Tutu
    For 4 yrs
    RM5.00



    Tshirt Dress
    For 4 yrs
    RM5.00


    Batik Dress
    2-3 yrs
    RM5.00